Wednesday 26 April 2017

Cinta

باسم الله الرحمن الرحيم

cinta..
cinta itu hadir dalam jiwa.
cinta hadir tanpa disengaja.
Cinta hadir tanpa diundang,
Tapi cinta mampu memberikanku ketenangan,
siapa sangka cinta itu indah.

aku tidak mengharapkan cinta dari ajnabi.
Kerna ku tahu cinta ajnabi tak selalunya indah,
tapi cukuplah cinta dari illahi.
Kerna cinta Illahi bersifat hakiki..

Cinta juga memerlukan kesetiaan,
Bukan sahaja setia pada cinta manusia,
Namun kesetiaan utama pada cinta Illahi,
Dan jangan kau berpaling dari cintaNya,
Dan jangan kau menduakanNya..

Kau takkan tahu betapa indahnya cinta ILLAHI,
jika kau tak semaikan dalam dirimu,
Cinta illahi lebih indah berbanding cinta ajnabi...

Tapi aku tahu,
Cinta juga akan wujud dikalangan ajnabi,
Tapi sebelum kau semakin mendalam mencintainya,
Seharusnya kita mencintai Illahi,
Kerna cinta illahi yang hakiki lah,
Memberikan ketenangan hati...

Redha

بسم الله الرحمن الرحيم

Redha...

Indahnya hatiku bukan kepalang,
Apabila melakukan sesuatu yang cukup bermakna tanpa dihalang,
Kerna yang pasti kerja itu ke arah kebaikan,
Oleh itu aku mendapatkan keredhaan...

Aku hanyalah kudrat kecil,
Yang ingin cuba memunculkan diri,
Di dunia realiti,
Namun dapatkah hajat ku terrealisasi,
Tanpa redha dari Illahi..

Ku meniti laluan dunia,
Ku mengelilingi hingga ke pelosok dunia,
Ku menjalajahi satu dunia,
Ku berjaya membuktikan pada dunia yang wujudnya keredhaan,
Maka hadirlah kesempurnaan..

Sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم

Menahan rindu

Hadirmu begitu beerti dalam hidupku,
Kerna kau berjaya membawa sinar baru dalam diriku,
Yang orang lain tak mampu lakukan untuk diriku..

Kaulah bidadari tak bersayapku,
Hadirmu membelai jiwaku,
Dirimu berjaya menghasilkan coretan yang indah dalam hidupku,
Yang takkan mampu ku padam,
Ataupun lupuskan dari kehidupanku..

Aku sungguh rindu dengan dirimu,
Meskipun kau berada di depan mataku,
Lebih-lebih lagi bila kau berjauhan dariku,
Ku hanya mampu menahan rindu,
Yang semakin membelenggu diriku..

Ku amat menyayangimu,
Ku tak sanggup kehilanganmu,
Tetaplah di sisiku,
Kerna ku pasti jiwaku kan kekosongan tanpa dirimu di sisi..

Ku selalu merinduimu,
Kerna kau seperti bulu perindu,
Membuat orang tak pernah jemu,
Ikhlas menabur kasih,
Dan mewujudkan ukhuwah kita..

Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku,
Ku akan letak dirimu di dalam peti sanubari,
Agar manusia lain tak mampu mencerobohi,
Ukhwah fillah abadan abada,
Ku ingin kau sentiasa di sisi,
Mendengar bait bait bicaraku,
Mendengar keluhanku,
Dan berkongsi kebahagiaan denganku..

Ku ingin kau sentiasa menjadi lautan untukku,
Yang sentiasa memberiku ketenangan,
Ku ingin kau sentiasa menjadi burungku,
Yang sering berkicauan di sampingku,
Ku ingin kau sentiasa menjadi bunga yang mekar di dalam hatiku..

Kerna ku amat menyayangimu...

Friday 24 March 2017

Jom berhijrah

Berhijrah memerlukan kesabaran yg tinggi,
Kecekalan hati,
Dan keinginan yg meninggi,
Yang paling penting hijrah kerana Illahi..

Berhijrah lebih mudah berbanding istiqamah,
Berhijrah itu mudah namun utk mngekalkannya,
Kita perlu melapangkan dada,
Untuk menerima segala reaksi sekeliling...

Jika ingin kita beristiqamah dalam brhijrah,
Maka niatlah hijrahmu kerana Illahi,
Nescaya kau akan tabah untuk menerima segala cemuhan,
Yang paling penting hiraukan segala cemuhan masyarakat,
Kerana yang paling utama ialah syurga Allah,
Yang dipenuhi dengan kenikmatan yang tidak kau jangka..

Friday 20 January 2017

Dalam keperitan terselit jua kemanisan

Kekadang hati ini terasa begitu perit..
Dsaat kau memerlukannya dia hilang entah ke mana..
D saat kau merindukannya dia pergi tanpa sebarang kata..
Ya mungkin inilah suratan takdirku mnyayangi mereka yang tidak menyayangiku..
Aku mengerti akan dirimu yang sibuk mengejar impianmu..
Namun hati ini begitu perit melihat dirimu sentiasa mmpunyai waktu untuk orang lain..
Mngkin ada hikmah dsebalik semua ini..
Allah ingin mnunjukkanku akan dirimu..
Syukur yaAllah kerna engkau telah mnyedarkanku sebelum hati ini semakin menyayanginya..
Tapi tak palah meskipun mereka tidak mnghiraukanku..
Skurang kurangnya aku masih mmiliki orang tuaku yg senantiasa disisiku..
Mmberiku kkuatan..
Mmberiku pengharapan..
Syukur yaAllah kerna engkau telag mnganugerahkan insan yg bernilai ini..
Daripada diri ini sentiasa mmikirkan mereka yg mlupakanku ..
Yg telah melayanku tak ubah seperti jeti..
Jika dia perlukanku dia dtg dekatku..
D mana dia tidak mmrlukanku dia pergi meninggalkanku..
Syukur yaAllah kerna telah mnyedarkanku akan kerealitian kehidupan......

Tuesday 13 December 2016

Rintihan seorang anak

Pada suatu malam seorang ibu menghampiri anaknya yang tengah khusyuk belajar kerana peperiksaan SPM yang bakal di dudukinya pada esok hari....

Ibu:wahai anakku belajarlah    
    bersungguh-sungguh agar kau
    berjaya dan mencapai cita-cita         
     yang kau impikan.

Anak:ya ibu,saya akan lakukan yang
           cemerlang dan menjadikan cita-
           cita saya.

Ibu:Tapi dalam mengejar cita-cita
        jangan sesekali kamu
        meninggalkan tanggungjawab
         kamu sebagai seorang muslim.
    
Anak:Ya ibu.Saya tidak akan
           meninggalkannya.

Ibu:Kamu tidurlah dulu.Dalam
        peperiksaan ini kamu kena cukup
        rehat,makan dan tidur.

Anak:Ok,ibu.Tapi,saya ada satu
           permintaan.

Ibu:Apa dia insyaallah ibu akan
        tunaikan.

Anak:Bolehkah malam ni ibu temankan
            saya tidur??

Ibu:Boleh.Baiklah malam ni ibu
       temankan kamu ya.

Beberapa bulan telah berlalu.Keputusan spm yang dinanti-nantikannya telah pun keluar.

Ibu:Nak esok merupakan hari yang
        penting dalam hidup kamu.Ibu
        doakan.semoga kamu mendapat
         keputusan yang cemerlang.

Anak:Amin ibu.

Keesokan harinya.....

Ibu:Tahniah anakku.Ibu begitu bangga
       dengan kejayaan yang kamu
       perolehi ini.

Anak:Terima kasih,bu.Saya takkan
            dapat keputusan yang
             cemerlang ini tanpa dorongan
             dan doa ibu.

Seminggu kemudian.....

Anak:Bu bolehkah esok saya pergi
           sekolah.Sebab kata cikgu ada
            surat untuk saya.

Ibu:Boleh.Pergilah..

Aku ingin mengongsikan berita gembira ini bersama ibuku.Pasti dia bangga kerana azamnya yang menginginkanku untuk menjadi doktor bakal tercapai.Monologku sambil meratap surat tawaran di tanganku.....

Sewaktu aku tiba di perkarangan rumah,aku melihat kelibat orang ramai berkumpul di rumahku dan aku terlihat sepotong kain putih tergantung di pagar rumahku.Dengan hati yang gelisah,aku berlari ke arah rumahku.Aku meluru masuk ke dalam dan melihat seseorang sedang terbaring keadaanya seperti seseorang yang telah meninggal dunia kerana dirinya dililit dengan pakaian putih dan orang ramai mengelilinginya sambil membacakan yaasin.

Aku:Mak cik siapa yang meninggal tu,tanyaku dengan keliru terhadap salah satu jiranku.

Mak cik:Nak sabar yaa..itu adalah ibumu.

Aku:Bukan!!Bukan!!Bukan!!
        Itu bukan ibuku!!(kataku sambil
          air mataku mulai mengalir dengan                         deras)
         
Mak cik:Nak sabar yaa..ibumu telah di jemput oleh Allah sebentar tadi.

Aku:Tak mungkin,makcik..tadi sewaktu saya pergi sekolah ibu baik2 saja..ini memang mustahil,kataku dengan nada yang tak berdaya..

Mak cik:Nak terimalah ini semua adalah ujian daripada Allah.Ingatlah nak setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

Aku menghampiri jenazah ibuku bersama surat tawaran yang baru sahaja aku terima

Ibu mengapa begitu cepat ibu meninggalkanku.Baru sahaja saya mau menunjukkan kepada Ibu surat tawaran ini,tapi tak sempat Allah telah memanggil bu dahulu..

Ibu nampak ni saya telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti Oxford..

5 tahun kemudian......

Majlis penerimaan sijil kedoktoran telah tiba..Namaku telah di sebut sebagai salah satu yang bakal memasuki dunia perubatan..

Alangkah indahnya jika hari yang bahagia ini dapat aku kongsikan bersama ibuku...IBU AKU MERINDUIMU!!!lirihku di dalam hati seraya air mataku mengalir dengan deras...

Seandainya saat ini ibu masih hidup ...aku takkan mengecewakkannya..